Jam 2.55 p.m.....( 1/2 jam yang lalu...)
Telepon aku berbunyi.
Aku jawab panggilan.....
" Hello, can I speak to Asura please..."
Aku pun jawab la "...speaking" sambil tergelak skit. Sebab aku tau sapa yang call. Si Franco. Ala best friend aku tu la...

Dier bagitau dier pegi Jamming malam tadi dengan Nordin. Aaa? Sapa? Nordin? Bestnye...sapa Nordin ni? Alaa, Nordin 'Search', abang kepada 'Kid Search'. Pergh! Dasat la ko franco. Patutla ko busy semacam je minggu ni ekk? Hahahahaha! Nordin siap ajak dier tubuhkan satu band lagi tu! Panas lak aku dengar.....tapi aku sokong ko Franco! This is what u've been wanting to do all ur life, tul tak? Sama la macam aku, tapi ko lebih bernasib baik. Teruskan usaha dude! Ubah persepsi mak ko bahawa pemain muzik cam kita ni tetap boleh berjaya juga!
P/S : Band aku terkubur la jawabnye.....
Arrrggghhh.....2-3 hari ni betul-betul tak best langsung. Ingat nak ajak farouk jamming tapi memanjang lak dier keje minggu ni. Bosan tul...keje aku pun dah tak semenggah.....nak jamm la! Sapa-sapa tau main dram tak?
Takde citer la nak bagitau.....tapi imej yang korang tengok ni ialah Gitar Elektrik Ibanez S series yang dah di-edit oleh aku kerana kebosanan yang tahap kritikal! Juga merupakan gitar idaman aku...( dulu minat RG)
Harga : kalau standard = RM 1050
kalau bridge dier jenis EDGE dalam lingkungan RM 1300 gitu
kalau original baik simpan buat hantaran kawen je...hahahaha, RM 6000-RM7000
Anyone interested? Aku dah try tapi tu la...ongkosnya masih blom cukup.....

P/S : Tengok, aku memang tengah takde keje la ni.....Luv & Peace!
Check this one out people! Though Cupid has been dead sometime in the early nineties, look what's happened ; we have Dramagods!

Hahahahahaha.....best tul! U guys mungkin masih ingat Nuno Bettencourt kan?Ala, yang nyanyi lagu more than words tu..... Well, here he is again! Bestnyer!
P/S : Love & Peace!![]()

'Jam' lagu dari band extreme seorang diri!
22nd March 2006 : Yea...dapat gak aku lepas geram kat studio hari tu! Sepatutnye aku kena main drums hari tu tapi tunggu bandmates lambat sampai jadi aku 'jam' la sensorang dulu! Bila masing-masing dah sampai line-up jadi lain! Hahahaha...Hazrul yang selama ni hanya di posisi penyanyi menunjukkan bakat bermain dram! Waa suspect lu arr hazrul! Walaupun tak berapa pandai tapi anda jelas berani mencuba! Lagi 2-3 kali jam mesti takde hal nyer kan? Rock uuu!!!
Sementara tu, rim bengkok DeTomaso kat umah tu dah elok! Yea!...
gi ler tengok!
P/S: God gave rock & roll to you! Dan selamat harijadi pada adik pompuan aku!
Ya, aku mungkin di cop sebagai budak lagi tapi aku memang giler game ni! Dari aku Form 1 sampai la sekarang ! ( 1994 - now.....) Game ni banyak ilhamkan aku tentang kehidupan aku. Game ni sebenarnya tentang tournament seni beladiri/ tarung yang merapu! Yang best tu bukan apa, game ni berterusan ikut siri yang diwakili dengan tahun. Macam tournament betul-betul! Malah watak-watak yang terdapat dalam game ni juga semakin berumur mengikut peredaran zaman! Aku diilhamkan untuk terus majukan diri dalam hidup melalui game ni! Ye la, tournament tiap-tiap tahun maka kena la majukan diri untuk menghadapi cabaran yang lagi sukar...thank god ada game ni, kalau tak aku mungkin jadi kutu jalanan sekarang ni! Serius!
By the way, ini adalah poster rasmi untuk siri terbaru game tersebut! Official page : SNK Playmore.
P/S : Dah tua tapi jiwa muda lagi! Orochinagi!!!
Subject: BANTAL DAN KAJIAN NYA....
Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai
penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan
mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yangboleh membaca
peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.Mereka juga sangat prihatin
terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka
memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri,
sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu
semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai,
malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat
egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka
tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat
percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!...jenis kedekut tahi hidung
masin !!
***forwarded from kelakar.net by Alia. Thanks! ***
Hmm, boring tul. Nak balik, kunci tertinggal pulak...sekarang tunggu je la adik aku hantarkan! Hahahaha! Lucu betul...
Petang tadi sempat la singgah Bentley jap, boring-boring ni apa la salahnye merayap jap kan? Best la pulak koleksi kali ni...Fender© original kat display diorang tu buat aku geram la pulak, harga blim letak lagi. baru sampai kot...pastu tengok Ibanez S series...RM1050.00. Tak check lak aku buatan mana...
Time tu lak ada orang nak beli bass. Ada satu mamat ni, dalam lingkungan lewat 30-an gak la. Dier test bass Fender. Memula sikit je dier usik, jap lagi dia 'slap'...mak aih! Takpe lagi, speed dia 'slap' tu laju tul! Fuh! Farouk, ko leh 'slap' lelaju camtu tak?

me!
Kepada semua pemandu yang merasakan diri mereka david coulthard atau michael scumacher atau juga castello, nah...hati-hatilah kerana R34 ni akan mengejar anda! jadi, sila la pandu dengan cermat ya! Ingatlah orang tersayang!

P/S: Emm...episod 21-22 Initial D 4th stage blum tgk lagi la, apa la jadik ngan R34 tu ekk?
Haa...ini lah dier bandmate aku masa muda-muda dulu...kami 3 piece band sebenarnya, tapi gambar drummer susah bebenor nak dapat! Ada nnt aku post nyer!

Semalam gi jamming lagi, tapi dengan band NST la. Kena main drum pulak sebab drummer band NST tu tak sihat...camtu la katanye. Satu jam je, pastu main futsal lak. Aku tak main kali ni sebab diorang pun tak inform kat aku awal-awal. Pegi pun dengan baju pejabat lagi, hahahaha!
Luv & Peace!
| Next Page |


